


Berhenti sahur di kedai makan dalam daerah Kuala Lipis pada pukul 4 pagi lebih. Menikmati teh'O panas beserta hidangan lain. Berselera walaupun mata mengantuk.

Makan nasi dengan padprik sememangnya lazat. Tidak hairan la mata yang mengantuk akan menjadi segar bugar. Lihat pada lauknya sudah melelehkan air liur, tidak kisahlah bagaimana rasanya.

Adik paling bongsu pula menikmati nasi goreng ikan masin. Tidak sah kalau tiada yang 'mengincap'. Adik bongsu tidak kisah saudara-saudaranya berbuat demikian, mungkin kerana menghormati bulan Ramadhan.


Sedikit regangan dilakukan oleh Pade (baju hitam), sambil diperhatikan oleh si ayah dan adik bongsu di waktu pagi bagi menghilangkan ngantuk. Beberapa minit kemudian di dalam kereta, dia menyambung mimpinya...

Si abang sulung mengisi minyak di stesen Shell Gua Musang. Mukanya yang serius menyatakan bahawa pentingnya mematikan enjin kenderaan dan penggunaan telefon bimbit serta larangan merokok sewaktu mengisi minyak. Jika degil dengan larangan ini, denda beribu-ribu ringgit mungkin akan mencacatkan suasana hari raya anda.
Perjalanan diteruskan dan Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi dituju lebih kurang 2 jam kemudian. Terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam perjalanan ini, termasuklah makcik yang memberikan baki wang untuk mengisi minyak.
Ihsan foto: fakharijamil studio
1 comments:
I like the symbol fj tu. btw, why no credit for the slr camera, he he heeee..
Post a Comment