Tuesday, September 7, 2010

Kenyang perut, senang hati

Kalau di KL, hendak berkumpul adik-beradik apatah lagi sudara-mara untuk berbuka puasa bersama-sama sedikit susah. Masing-masing pasti sibuk dengan kerja, hal rumah tangga dan juga aktiviti seharian lain. Syukurlah di KB lain pula situasinya, mungkin kerana kehidupan di negeri cik siti wan kembang ini kurang tekanan berbanding ibukota. Bertarikh 7 September bertempat di Kota Bharu, bapa saudara penulis telah menjemput saudara terdekatnya yang lain untuk berbuka puasa bersama-sama. Hidangan yang tersedia begitu lazat sehingga terlupa mengambil gambar ikan siakap masak 3 rasa untuk tontotan. Dah namanya pun rezeki, kecil tapak tangan nyirulah kami tadahkan.


Perjalanan dari Alor Lintang ke Kota Bharu via Tok Bali bukan sahaja paling dekat dan menjimatkan masa, malah tidak sibuk. Mungkin jalan sedikit kecil berbanding laluan melalui Pasir Putih, tetapi perjalanan adalah selancar minyak pelincir di dalam enjin Campro.




Di pertengahan jalan, kami sempat berhenti seketika untuk membeli buah tangan iaitu beberapa biji tembikai Cina. Harganya kurang pasti, tapi kata ibu sedikit mahal, mungkin kerana bulan puasa. Apapun kerana ikhlas untuk santapan tuan rumah dan tetamunya, ibu tidak kisah. Maklumlah, kurang manis kalau bertandang ke rumah orang dengan tangan kosongkan.



Bertemu bapa di rumah pakcik, kerana beliau bekerja di KB. Asyik bermain dengan kameranya yang lagi satu. Beliau cukup meminati kamera sehinggakan memiliki beberapa biji alat tersebut. Owh, untuk kredit, gambar-gambar di dalam blog ini adalah menggunakan kamera Canon EOS 1000D miliknya. Terima kasih daun keladi di ucapkan...



Sempat bergambar bersama suami ibu saudara yang berbaju maroon. Beliau merupakan seorang guru yang berpengalaman. Tidak hairanlah abang sulung tersenyum dapat berdiri di sebelahnya.


Foto yang dirakam dari atas menara tangki air. Dapat dilihat bahawa backyard rumah pakcik ini seumpama sebuah resort di tepi sungai. Untuk makluman, tiada ikan yang pernah ditangkapnya sepanjang memancing di sungai ini. Puncanya belum diketahui...



Sedang asyik melakukan sesi fotografi dan bertegur sapa, matahari pun hampir terbenam di ufuk barat. Sempat dirakam view waktu senja ini dari tingkat atas menara tangki air. Reflection turut kelihatan...




Selepas seharian menahan nafsu lapar dan dahaga, akhirnya kami pun berbuka puasa. Tiada yang ganjil dalam cara kami berbuka puasa... Makan kurma, minum air dan makan nasi. Istimewanya terletak pada juadah yang disediakan tuan rumah. Sangat menyelerakan... Turut kredit diberikan kepada murtabak yang disediakan. One of the best...



Selepas selesai 'melantak' di bahagian lelaki, abang sulung beralih pula ke bahagian wanita. Tidak sia-sia beliau berada di situ kerana tiada pembaziran makanan berlaku...




Jadi, sesudah selesai berbuka puasa, semua orang akan relax seketika sambil menunggu perut selesai menghadam makanan. Si atuk bersantai kekenyangan, si cucu tersenyum kegembiraan.

Foto: fakharijamil studio, munadhia

0 comments:

Post a Comment

Photos by fakharijamil studio. Powered by Blogger.